Kelas Microsoft Office Individu Warga Emas Pendidikan Atas Talian Bahasa Melayu (Jom Belajar Simpulan Bahasa dan Perumpamaan)

1 November 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas ini dibuat secara individu dan hanya seorang (1) sahaja yang hadir ke kelas atas talian tersebut. Kelas ini bermula pada pukul 1000AM dan tamat pada pukul 1100AM

Kelas ini diadakan secara atas talian bertujuan untuk mengurangkan kontak secara fizikal sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengekang penularan pandemik COVID19 yang semakin menjadi-jadi. Selain itu, kelas ini bertujuan juga untuk mendedahkan kepada warga emas tersebut untuk mengenali perumpamaan dan simpulan bahasa yang diperkenal oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu juga, peserta tersebut ingin mempelajari Bahasa Melayu rasmi yang mudah dan ringkas kerana pada zaman beliau, beliau tidak diwajibkan untuk mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu. Segala mata pelajaran hanyalah diajar dalam Bahasa Inggeris.Oleh yang demikian, untuk memperbaiki pertuturan Bahasa Melayu, beliau ingin mempelajari serba sedikit mengenai Simpulan Bahasa dan perumpamaan yang mudah dan senang difahami. Seperti yang diketahui umum, Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling indah didengari

Kelebihan kelas ini ialah agar warga emas tersebut dapat atau mahir dalam pertuturan Bahasa Melayu pada masa akan datang. Beliau dialu-alukan untuk singgah ke Pusat Internet Kg Pasir Pandak pada bila-bila masa jika perlu atau melalui temu janji memandangkan pandemik COVID19 masih belum berakhir

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali